Hati-hati dengan
cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk
menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja
menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Terdapat banyak
bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga
dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah
sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada.
Tak usah sebut
pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap
tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada,
jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu
Minat bukan
bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta,
dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi,
cinta itu adalah cinta.
Berkemungkinan apa
yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan
apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta
ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya
bijaksana, cinta kepada mati artinya hidup dan cinta kepada Tuhan artinya
Takwa.
Lemparkan seorang
yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan.
Lemparkan pula
seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati
kelaparan.
Seandainya kamu
dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai
perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau
sekadar canang yang gemerincing.
Cinta adalah
keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami
Siapapun pandai
menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan
objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik
melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu
melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan
kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta
!
Permulaan cinta
adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak
merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya
mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Cinta itu adalah
perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun
yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan
menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu
kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang
tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh
kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai
yang terpuji.
0 komentar:
Posting Komentar